Hari nih adalah hari pertama Fyqa duduki peperiksaan percubaan Spm. Nak taw subjek apa hari pertama nih ? BAHASA CINA. Tuudiaa hambek lar. Memang perghh lar bagi subjek nih hari pertama. Boleh pecah otak ma. Hahaha. Tapi alhamdulillah Fyqa boleh jawab semuanya. Yang paling gembira tajuk yang Fyqa hafal naik ! Yahoo dah lar sama sejibik tawu, kahkahkah :D So mungkin lar keputusan elok kan. Sapa taw kan. Tunggu ja lar. Lagipun peperiksaan percubaan nih penting tuu yang Fyqa pulun hafal tuu. Kalau tak pejam celik pejam celik dah hantar kertas jawapan. Huhu.
Then, nasib baik lar tadi peperiksaan dijalankan dalam bilik puspa. Sunyi sepi senang sikit nak jawab soalan. Walaupun sikit ja orang yang ambil Bahasa Cina tapi still okey lar. Tapi tetiba Cikgu Zainab datang marah kawan Fyqa bawak masuk botol air dalam bilik tuu. Huh, habis hilang semua idea Fyqa taw, hahaha. Okey, Fyqa habis jawab tepat pada masanya, kuikuikui. Kertas I pulak habis pukul 12.30. Then saat yang Fyqa paling tak suka. Susun kedudukan dalan dewan ! Arghhh, tidakkk ! Tamao masuk dewan. Tak suka tak suka. Okey, angka giliran Fyqa KK105 A051. Main terbalik nombor tuu ja, kahkahkah. Susun punya susun dah sampai pukul 2. Fyqa pown balik. Tuu ja lar nak cerita , hehe . Doakan Fyqa berjaya untuk peperiksaan percubaan dalam dua minggu nih okey. Tatata (:
Lastly , doakan Fyqa SPM 11A+ (!)