Awak dan dia

3 Doakan Fyqa Kurus :)
Dear awak, 

malam ini detik ini saya tulis surat ini untuk awak. saya harap awak baca, fahami dan hayati betul-betul apa yang bakal saya coretkan dekat bawah ni. bagi saya, awak adalah segala-galanya untuk saya selepas keluarga saya. awak sendiri pun tahu macam mana saya sayangkan awak sampai akhirnya saya terpaksa buat keputusan lepaskan awak pergi bersama dia. peritnya nak terima hakikat tapi saya pasti ada hikmah disebalik semua ni. mungkin allah tak tunjuk sekarang apakah hikmahnya itu tapi saya pasti satu hari nanti kita sama-sama akan tahu dan faham. awak, hari ni saya pergi interview cikgu dan 2 hari selepas tu saya diterima kerja di sekolah rendah cina. bila saya dapat panggilan tu dalam hati cuma satu ma pa dengan awak mesti seronok bila saya bagitau berita gembira ni, malangnya saya call awak malam tu awak tak jawab, mungkin awak busy melayan buah hati baru awak. awak boleh check call log awak. saya hampa sangat sebab tak dapat dengar suara awak yang akan gembira bila saya dapat kerja tu. saya tunggu awak call balik 2 3 hari tapi awak tetap diam. dalam hati saya cuma satu sudahlah fyqa dia dah bahagia dengan orang lain. bila saya dapat kepastian awak memang betul bersama dia, hati saya hancur lebur. perasaan saya masa tu tak boleh nak gambarkan sebab awak satu-satunya orang yang saya sayang tergamak tipu saya dari belakang selama 6 bulan. saya tahu saya pernah buat salah dan saya anggap ini adalah hukum karma buat saya. saya buat keputusan undurkan diri dan biarkan awak gembira dengan dia. pernah tak awak terfikir semua ni akan terbongkar satu hari nanti? pernah tak awak terfikir semua ni akan menyakitkan saya, awak dan dia? bagi saya cukuplah awak bahagia walaupun bukan dengan saya, saya redha. saya tahu kalau jodoh kita mesti bersama macam dulu. satu yang awak perlu tahu, awak dah hilang cinta saya. sekarang hati saya jadi kosong yang mana dulu penuh dengan kasih sayang yang saya curah dekat awak. awak sia-siakan apa yang saya korbankan untuk awak. awak sia-siakan usaha saya selama 2 tahun ni. walaupun kita jauh, saya tetap percayakan awak. apa-apa hal sekalipun saya mesti akan bagitau awak. awak dan ma pa adalah orang yang terawal akan tahu melainkan ada perkara yang saya tak dapat bagitau awak. sedar ke tak awak dah mainkan hati saya cinta saya. sekarang awak dah mainkan 2 perasaan, saya dengan dia tida beza dalam hidup awak. Jadi, kalau saya hilang dari hidup awak pun tak apa kan? awak still ada dia. awak dah lupa satu perkara, pengorbanan saya selama 2 tahun ni. dan bila awak dah sedar nanti, masa tu dah terlambat dan saya mungkin dah lagi jauh jauh dan jauh dari awak.

Untuk dia,

awak memang hebat tersangat hebat sebab dahagakan cinta seorang lelaki yang dah berpunya. saya ni pun kalau nak buat dekat orang saya fikir seribu kali. awak tak pernah fikir ke perasaan orang? manusia haram jadah apakah awak ini? ni kan pulak awak senang jaa pegang tangan buah hati saya yang mana saya pun tak pernah peluk erat buah hati saya macam tu. awak memang hebat sekalung bunga daripada saya. memandangkan awak memang betul nakkan dia, sebagai wanita yang matang saya berundur demi kebaikan diri saya jugak bukan orang lain. bagi saya awak hanyalah budak yang tidak matang yang bukaan saingan saya. jadi dekat sini saya nak ucap terima kasih sebab dah rampas kebahagiaan saya yang saya bina atas dasar kepercayaan. semoga awak bahagia dengan dia dan sudah-sudahlah musnahkan kebahagiaan orang lain.

saya cuma mampu berdoa Allah berikan yang terbaik untuk kita. 
Ya Allah, lindungilah dia walau di mana pun dia berada. 
p/s: lagu dalam blog ni saya selalu tuju untuk awak, bintang hatiku :) 

Hati terluka, fyqa ♥

Dapat Kerja :)

0 Doakan Fyqa Kurus :)
Hai. Hari ni merupakan hari yang gembira buat I. Sebabnya? I dapat call daripada Cikgu Z supaya lapor diri dekat sjkc chin hwa kuala pegang, baling. Okay gembira sangat sebab lepas jaa solat maghrib terus dapat call. Memang mujarab okay doa masa solat maghrib. Actually bila dah boleh hadap blog ni banyak sangat benda I nak cerita tapi takpa lah one by one okay HIHI.

Esok 1/1/2014 dah bukak sekolah, terasa perjalanan ke sekolah tu jauh sangat sebab I memang taktau langsung sekolah tu dekat mana sampai tersesat ke jalan sungai petani. Rasa hutan macam dah jauh sangat patah balik singgah gerai nasi lemak tanya sekolah. Okay memang I dah lepas jauh sangat sekolah tuu. Sampai jaa depan sekolah tak ada orang, means I lah orang pertama yang sampai ke sekolah. 

Okay I taktahu tempat I dekat mana walaupun I dah lama menunggu dekat depan ni. Dah 2 3 4 orang cikgu yang tegur I. Why tak cakap tempat I kat mana ? uhukk 

Finally I found my place HIHI. Tak sempat mengajar buku penuh atas meja, tebeliak mata den nengok. Takpa slow slow fyqa awak tu budak baru belajar so chill lah enjoy the experience :D 

Awal pagi lagi murid tengok I atas bawah pelik rasanya kalau orang Melayu mengajar sekolah cina kan. So masa perhimpunan I diperkenalkan cewahhh bangga lah masa ni kan. Tak semena PK suruh I berucap nahh kau nak merapu apa ni. I pun susun langkah elok-elok ke depan dan cakap lah sepatah dua. Tak sepatah dua jugak lah berpatah-patah jugak I berucap. Over lah katakan BAHAHA. Rasa bangga dan teruja dengan diri sendiri bila boleh bertutur bahasa cina dengan cekap. I pun pelik kalau tak memang berbelit lidah nak cakap cina sebab I dah lama tinggal bahasa cina ni. And I tahu bakat I dekat situ so apa salahnya kalau I cuba mengajar dekat sekolah cina and ajar budak melayu yang dekat sini sampai boleh berbahasa cina.

I diberi tugas untuk mengajar bahasa cina (BC) tahun 3, Bm tahun 2 dan muzik tahun 3 dan 4. Naik jaa atas dekat bilik guru, GB datang. Nas, awak guru kelas tahun 3. Terlopong I dengar dan angguk blurr. So after that I dapat lah semua bahan rujukan, bacaan semua. 


 
Yayyy this is my children. Budak kelas tahun 3 yang sangat hyperaktif tahu nak main jaa. Cikgu lain memang taknak kelas ni. Nasib lah cikgu baru kan taktahu menahu -.-' I tanya murid why dalam kelas I bising sangat, "sebab cikgu lain garang, cikgu nas baik'. wakaka kembang semangkuk kbai. In fact, I love children.

Ini pulak murid kelas tahun 2. Mula I masuk kelas senyap jaa yang lain kecuali cina dengan melayu depan ni pot pet pot pet. Maka apabila I duduk jaa dekat meja sembang-sembang nahh semua datang dekat depan. So i took the chance to take thier photo, They are so cute. Cina yang jeler lidah depan ni belagak sikit macam nak bagi penampo LOL. K

Hari pertama kerja yes I got a lot things to do. Naik turun ke hulu ke hilir tanya itu tanya ini memang perkara biasa hari pertama sekolah. I kena uruskan buku latihan untuk my children lagi. Tersangat lah letih sampaikan balik terus tidur. Kesian Awin teragak-agak nak ajak I keluar KAHKAH.

Sebenarnya, I minat mengajar, I minat nak jadi cikgu. Dulu dekat sekolah rendah bila cikgu tanya bila besar nak jadi apa, jawapan I cikgu jaa. Standard lah kan budak-budak tau jawab cikgu, doktor, bomba, polis, tentera. Tuu ja haha. Dengan adanya kerja ni, boleh lah I simpan duit untuk surprisekan bubu I dekat KL nanti masa 2nd year anniversary. Oh tak sabarnya nak tunggu mid year HEHE. Nanti update lagi kay nak siapkan buku rekod baibai :*


 Much love, fyqa  ♥

Hari Gumbiraaaaaa :'D

0 Doakan Fyqa Kurus :)

Hai awak semua ! Subhanallah sampaikan nak 'create new post' pun dah lupa. Sudah berbulan lamanya I tinggalkan blog kesayangan I ni. Sorry sweetheart I've been too busy with my study with my bubu HIKHIKSS. Kadang on lappy pun tak sempat nak buka dashboard tengok follower setia I ni ecewahh HAHA. Anyway thanks to all followers yang baru follow blog anak munsyi, I dah follow balik. Yang mana I tak follow tu mungkin I terlepas pandang mohon mention in my comment okay ^.^ In shaa Allah when i get the respond I will follow ASAP.

Hari ni baru ada peluang nak update post. Sebenarnya banyak lagi post yang tergantung yang tak habis ditulis, semua dalam draft lagi hm sadlife. Alang-alang baru sudah study kempuan nak update post pasal hari ni. Sementara tunggu bubu I yang masih lagi membuta lagi tuu (rasanya lah sebab tak reply text I grr) I gunakan masa untuk update post ni NGEEEEHEHE :D 

Dipendekkan cerita hari ni (sabtu) papa cuti so papa bawak semua pergi roadwalk dekat Penang. Bukanlah semua included me, irfan and mama jaa pun, dah memang ini jaa yang ada dekat rumah kan. Disebabkan terlampau excited sebab dah lama tak keluar dengan papa, maka penggunaan telefon bimbit tak digunakan sepenuhnya. Means here gambar dekat roadwalk tuu tak ada, bukan tak ada memang langsung tak ada pun. Punya nak luang masa dengan family sampai lupa nak tangkap gambar :"( Ini kali kedua I sampai dekat roadwalk ni, dulu dah pernah pergi dengan whole family. Masa first time pergi tu biasa lah kan cewi semua benda nak beli sebab dekat roadwalk ni banyak jual barang antik, barang lama-lama. Suratkhabar 500 tahun dulu pun still ada jual lagi tau. Nasib baik lah I ni jenis tak minat sangat benda antik ni semua, tidak habis I borong tau HAHAHA *gelak besau please*

Roadwalk ni boleh tahan besar, basah jugak lah baju I ni, turun lemak 5 kilo tau k tipu -.-' Tapi kali ni I tak bawak balik barang apa-apa sebab niat hati nak beli gelang jed nak gantikan dengan gelang jed I yang pecah dulu tapi hampa hati ni bila tak ada pun orang jual gelang jed. Punya la mogok sampai tak beli apa-apa pun. Bubu I mesti seronok ni sebab tak membazir katanya lah errr. Bila dah penat, beli lah buah-buahan untuk dimakan di dalam kereta sementara tunggu nak makan tengah hari nanti. Buah untuk Lilo pun beli jugak sekilo mama belikan wahh mewah binatang peliharaan I hari ni HAHAHA. Ouchh I tak kenalkan uols dengan Lilo I lagi kan? Wait for another post okayy? Muahh ! Oh ya siapa yang tak pernah pergi roadwalk dekat Penang ni mohon pergi sebab best. Walaupun cuma pekan hari tapi best lah tengok barang-barang antik tu semua. Bubu, nanti I awak you pergi okay :'D

Continue the trip. Papa drive terus ke Perangin Mall. Sejujurnya memang I tak pernah sampai lagi dekat mall ni. I tak tahu pun rupa mall ni macam mana. Yelahh memang jarang pun I jejak kaki dekat Penang tambah-tambah pulak masuk pulau kan memang taklah I nak tahan jemm tu semua. Silap hari bulan melayang rm400 lagi repair kereta orang. Okay terus masuk ke mall. Perkara biasa dekat Penang ialah NO PARKING. Parking semua dekat atas angin, so terpaksa lah papa parking kereta dekat 6th floor. Bayangkan pening tak pening kepala I ni bila memusing naik bangunan bulat ni ya Allah migrain terus. Bila dah masuk tuu baru lah tahu macam mana rupa Perangin Mall ni. And sekali lagi tak tangkap gambar langsung. Hampeh hari ni I jadi lupa nak bergambar. Selalunya I yang excited, mungkin tak ada fotografer kot. buwekk muntah hijau.

Masuk jaa mall mama nak cari kasut and baju kerja untuk papa so misi mencari barang papa dulu. I dalam kepala otak memang set nak beli sandal sebab sandal I ni tapak pun dah tercabut sadis betul. Sementara mama dengan papa masuk Mirano cari kasut, I dengan Irfan tunggu dekat luar kedai. Depan kedai tuu ada mesin mainan budak-budak yang tangkap bear tuu, apa entah nama mainan tuu. Irfan suruh I main bagi dapat 1 bear pun jadi lah. I pun boring-boring kan pergi lah mesin tukar token.

Ini first time I main benda tak berfaedah ni -.-'


Excited kauuuu main benda tak berfaedah ni maklumlah first time kan, punya lah menjerit takut bear tuu jatuh lagi HAHAHAHA

Dan akhirnya setelah meleburkan rm6 untuk token, dapat jugak I bear ni walaupun bukan bear ni yang I nak. Sebab bear ni jaa kedudukan yang paling senang dalam mesin tu hampeh lah hampeh k hampeh tak cantik punya bear grr >.< ! 


Papa dengan mama teruja I dapat bear ni. I lagi lah teruja sebab tak pernah main and first time jugak main dapat bear ni. LOL

Lepas tu misi pusing satu mall cari sandal I, alih-alih penat berjalan and hadap subway dulu lah ceritanya. 'Kalau nak cari barang kakak, biar dia sendiri cari lah pa, cerewet macam abang dia hishh' Kata mama kepada suaminya HAHAHA. Mama sepanjang cari sandal I ni membebel itu tak kena ini tak kena. Its okay mama kakak faham mama letih :P Masa otw balik tuu jangan cakap lah kan menganga I dengan Irfan tidur dekat belakang. Sebab Penang bukan tempat I so awal-awal lagi I dah surrender tak boleh nak drive dekat Penang, bukan sebab I tak tahu jalan tapi jalan sempit kereta I besar susah k susah sekian terima kasih. 

Thanks to papa sebab dah luangkan masa dengan kakak, mama dan irfan. Thanks jugak sebab bagi duit beli sandal. Now I got my new sandal weeehuuuuuu ! Thanks mama sebab beli buah yang sangat banyak tadi, sekali hadap jaa dalam kereta tadi dah habis. Thanks Irfan sebab jadi fotografer, jaga Lilo hihi. Thanks Lilo sebab tak buat perangai berak merata-rata. Guess what it is because I feed her favourite fruit BETIKKKKKK ngehngehngeh :D 

Nantikan post seterusnya pasal Lilo okay. Ini ja lah kot post untuk hari ni nak sambung study pulak. Babai see yaa next post :*


 May Allah bless us FANA ♥