Awak dan dia

Dear awak, 

malam ini detik ini saya tulis surat ini untuk awak. saya harap awak baca, fahami dan hayati betul-betul apa yang bakal saya coretkan dekat bawah ni. bagi saya, awak adalah segala-galanya untuk saya selepas keluarga saya. awak sendiri pun tahu macam mana saya sayangkan awak sampai akhirnya saya terpaksa buat keputusan lepaskan awak pergi bersama dia. peritnya nak terima hakikat tapi saya pasti ada hikmah disebalik semua ni. mungkin allah tak tunjuk sekarang apakah hikmahnya itu tapi saya pasti satu hari nanti kita sama-sama akan tahu dan faham. awak, hari ni saya pergi interview cikgu dan 2 hari selepas tu saya diterima kerja di sekolah rendah cina. bila saya dapat panggilan tu dalam hati cuma satu ma pa dengan awak mesti seronok bila saya bagitau berita gembira ni, malangnya saya call awak malam tu awak tak jawab, mungkin awak busy melayan buah hati baru awak. awak boleh check call log awak. saya hampa sangat sebab tak dapat dengar suara awak yang akan gembira bila saya dapat kerja tu. saya tunggu awak call balik 2 3 hari tapi awak tetap diam. dalam hati saya cuma satu sudahlah fyqa dia dah bahagia dengan orang lain. bila saya dapat kepastian awak memang betul bersama dia, hati saya hancur lebur. perasaan saya masa tu tak boleh nak gambarkan sebab awak satu-satunya orang yang saya sayang tergamak tipu saya dari belakang selama 6 bulan. saya tahu saya pernah buat salah dan saya anggap ini adalah hukum karma buat saya. saya buat keputusan undurkan diri dan biarkan awak gembira dengan dia. pernah tak awak terfikir semua ni akan terbongkar satu hari nanti? pernah tak awak terfikir semua ni akan menyakitkan saya, awak dan dia? bagi saya cukuplah awak bahagia walaupun bukan dengan saya, saya redha. saya tahu kalau jodoh kita mesti bersama macam dulu. satu yang awak perlu tahu, awak dah hilang cinta saya. sekarang hati saya jadi kosong yang mana dulu penuh dengan kasih sayang yang saya curah dekat awak. awak sia-siakan apa yang saya korbankan untuk awak. awak sia-siakan usaha saya selama 2 tahun ni. walaupun kita jauh, saya tetap percayakan awak. apa-apa hal sekalipun saya mesti akan bagitau awak. awak dan ma pa adalah orang yang terawal akan tahu melainkan ada perkara yang saya tak dapat bagitau awak. sedar ke tak awak dah mainkan hati saya cinta saya. sekarang awak dah mainkan 2 perasaan, saya dengan dia tida beza dalam hidup awak. Jadi, kalau saya hilang dari hidup awak pun tak apa kan? awak still ada dia. awak dah lupa satu perkara, pengorbanan saya selama 2 tahun ni. dan bila awak dah sedar nanti, masa tu dah terlambat dan saya mungkin dah lagi jauh jauh dan jauh dari awak.

Untuk dia,

awak memang hebat tersangat hebat sebab dahagakan cinta seorang lelaki yang dah berpunya. saya ni pun kalau nak buat dekat orang saya fikir seribu kali. awak tak pernah fikir ke perasaan orang? manusia haram jadah apakah awak ini? ni kan pulak awak senang jaa pegang tangan buah hati saya yang mana saya pun tak pernah peluk erat buah hati saya macam tu. awak memang hebat sekalung bunga daripada saya. memandangkan awak memang betul nakkan dia, sebagai wanita yang matang saya berundur demi kebaikan diri saya jugak bukan orang lain. bagi saya awak hanyalah budak yang tidak matang yang bukaan saingan saya. jadi dekat sini saya nak ucap terima kasih sebab dah rampas kebahagiaan saya yang saya bina atas dasar kepercayaan. semoga awak bahagia dengan dia dan sudah-sudahlah musnahkan kebahagiaan orang lain.

saya cuma mampu berdoa Allah berikan yang terbaik untuk kita. 
Ya Allah, lindungilah dia walau di mana pun dia berada. 
p/s: lagu dalam blog ni saya selalu tuju untuk awak, bintang hatiku :) 

Hati terluka, fyqa ♥
Comments
4 Comments

4 Doakan Fyqa Kurus :):

Unknown said... Best Blogger Tips[Hit You Back !]Best Blogger Templates

ilex dik.. biar masa menentukan.. doakan die bahagia. tp awak akan dpt org yg lagi baik..pengajaran mematangkan kte. jgn percaya pd lelaki selain abah kte. jgn bg 100% kepercayaan. paling tinggi pon 70 - 80% jer. lebih2 tu kene letak gak sifat curiga dan berhati2.. ok..
good luck. btw jemput datang majlis akak.. dekat melaka.. (jauh kan :P) 1 feb 2014. kalau nak datang n ank kad..sila bg alamat dkt fb akak.. Ieja Manggar .. tq:)

Atika Suzastri said... Best Blogger Tips[Hit You Back !]Best Blogger Templates

sayang, stay strong :')

anys nadhilah said... Best Blogger Tips[Hit You Back !]Best Blogger Templates

stay strong fyqa ! btw hai ! rindu awak sesangat. lama tak blogging? ingat anis lagi?

dear anies said... Best Blogger Tips[Hit You Back !]Best Blogger Templates

p/s salam aidilfitri