Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hari nih Fyqa baru balik daripada bengkel teknik jawab Prinsip Perakaunan. Memang best dapat banyak tips daripada situu sampai Fyqa terlepas kelas Add Math dengan pengetua pagi tadi. Terpaksa sebab jurulatih utama tuu datang sekolah sekali saja so Fyqa tamao lepaskan peluang.
Uke, hari nih terasa nak update blogg pasal kawan-kawan Fyqa. Kawan-kawan yang kami pernah rapat sangat sebelum nih. Bukan sebelum nih tapi tahun lepas. Yes, tahun lepas kami sangatlah rapat. Uke, Fyqa listkan satuu per satuu. Yang pertama diri Fyqa ( Todak ), Umi MJ ( Bilis ), Ummi Azmi ( Tongkoi ), Yaya ( Bawai ), Azian ( Karin ), Tam ( Keli ) , Fyna ( Sardin ), Dayu ( Flower Horn ) Waniey ( Dolphin ), Ceknot ( Arowana ). Walaupun Fyqa tamao sebut nama yang terakhir tuu kan. Tapi disebabkan Fyqa pernah rapat dengan dia dulu so Fyqa masukkan jugak. Suatu ketika dulu, kami memang sangat rapat. Kumpulan kami dipanggil CFC Family ( Cute Fish Community ).
Suatu ketika dulu, mana ja kami pi mesti sekali, berpasangan lagi. Pi makan at kantin sekali. Bayangkan 1 meja tuu penuh kami sepuluh orang. Bayang lar riuh tak riuh kan. Pi tandas pown sekali. Masuk asing-asing lar uke. Mana-mana pown pi mesti sekali. So orang tengok pown gerun ja kan, tambah-tambah Fyqa nih ketua pulak, hahaha. Kalau dalam kelas tuu boleh cakap 1 kumpulan tuu tempat duduk tak jauh. Pantang ja cikgu tak ada dalam kelas mula lar berkumpul ramai-ramai. Tapi memang happening tahun lepas. Semuanya masuk kepala tak ada masalah langsung. Pernah sekali Fyqa gaduh dengan sorang kakak nih. Buat gaya macam nak pi serang lar kan. Yang lain-lain tuu ikut tapi tengok ja. Last Fyqa sorang ja. Hahaha, kenangan semua tuu dengan kawan-kawan.
Pada suatu ketika, semuanya berubah. Fyqa pown tataw sebab apa CFC Family nih berpecah sikit demi sikit. Puncanya langsung tataw. Last-last semuanya ikut haluan masing-masing tapi tak bermakna kami tak berkawan. Berkawan tapi tak rapat macam dulu. Page yang Ummi Azmi buat pown rasanya dah padam dah. Sekarang, sikit demi sikit dah rapat balik macam dulu. Alhamdulillah. Kalau boleh Fyqa nak CFC Family balik macam dulu. Cuma ada satuu dua perkara yang masih tak selesai. Kalau semuanya boleh berfikir matang kan tak ada masalah. Tapi nak buat macam mana, manusia macam-macam ragam. Apa-apa pown, Fyqa doa bekas-bekas ahli CFC Family, cewahhhh berjaya dalam spm nanti. Kita buktikan senakal-nakal kita pown boleh dapat keputusan yang gempak uke ! Love you all. Bubye ^^
“Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.”
Lastly , doakan Fyqa SPM 11A+ (!)