Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010. Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Fyqa dulu merangkak belajar bahasa arab setahun and until now Fyqa tataw banyak sangat. Honestly I said Arab is very difficult for me. So Fyqa tabik srping dekat budak nih :)
Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah. “Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya. Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut. “Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.
Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah. See? Dia tak putus asa langsung untuk belajar bahasa kita. Kita pulak kadang-kadang memperlekehkan bahasa Arab. So sad kan? So tak hairan lah kalau dia dapat gelaran tokoh maulidur rasul :) Lastly, sebagai orang Islam, Fyqa jugak tak hairan kalau dia peluk Islam. Fyqa tengok dalam tv tadi memang nampak dia berminat dengan Islam. Err tapi tuu terpulang lah kan. Even bapak dia pun tak pernah paksa dia. She do it because she like it, and she feels it. It is so great ! Lidah Fyqa kelu >,< Semoga dia berjaya dalam hidup dia :)
Ohh petang tadi Fyqa lepak dengan kawan dekat kedai makan. Wow rindu mereka sangat tak sangka dapat jumpa dekat kedai. Wee :DD kbye!