Tadaa! Ariel pantang aku buat reben comel macam nih. Katanya, nak tunjuk pusat hang dekat sapa? Tuudia aih ! Kata aku, baju nih besaq so kena lah buat reben comel macam nih :D
Hye world! Mulakan baca post kali nih dengan gambar NAS AFIQAH, bhahahah. Gelak terabur please :D Okay baru hari nih aku boleh online. Err actually tak ada benda sangat nak buat kalau online. Nak update blog pun tak ada idea. So straight to the point lah kan tadi aku ikut gerak hati nak online facebook. Then, aku nampak lah status sorang budak nih. Dia beria-ria sangat nak pakai pendakap gigi or lebih senang orang panggil braces. Katanya, dia tengok sepupu pakai and looked very cute. So dia pun teringinlah nak pakai. So apa hukumnya ohh?
Maybe ramai orang dah pun buat post pasal nih. Tapi aku still nak post jugak, bhahahah. Gelak terabur lagi please :D For sure sekarang nih ramai orang yang pakai braces, kebanyakan budak sekolah menengah and budak universiti lah kan. So apa hukumnya wei? Sunat ka? Wajib ka? So aku pun carilah sumber-sumber yang boleh dipercayai. Sebelum nih aku pernah tanya ustazah sekolah aku. Katanya hang nak buat apa sekali pun yang penting niat. So memang betul pun kan semua benda kena tengok niat dulu.
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH lebih tahu yang sebaiknya.”
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syarak, bahkan ia juga diperlukan”
Okay, daripada hadis di atas, braces nih untuk membetulkan atau merawat gigi dan yang penting bukan dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah. Selama mana braces itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan. Paham kan anak-anak sekalian? Tapi pasal budak tadi tuu aku tataw lah nak terangkan macam mana. But please lah kalau nak pakai semata-mata nak nampak comel ke kiut ke memang haram kot aku rasa. Err sat-sat nak tanya, comel sangat ka kalau pakai braces? toink toink ^_~ Awak-awak seklaian, selagi bukan untuk mencantikkan gigi, selagi tuu boleh pakai braces yer.
Honestly, aku pun nak pakai braces sebab gigi aku terabur. Macam aku gelak lah pun terabur kan, bhahahah. Err actually gigi aku agak jarang so niat aku nak rapatkan saja. Tak caya kau boleh tengok gambar atas tuu, teeeheheh. Gelak tutup mulut please :D Tapi sebelum nak pakai aku pikir berkali-kali jugak. Sebab kawan aku yang pakai cakap benda alah tuu menyakitkan, kena pantang makan and bla bla bla. Err sebelum terlupa, kalau cukur kening pun haram kan? Ada ka orang cukur kening untuk berubat? Aku tak pernah dengar pulak. So perempuan-perempuan sekalian, janganlah cukur kening kau, hodoh sangat aku tengok =,= Okay jangan marah aku, hikhok :D
Wei, kalau nak pakai braces murah pi pasang dekat Thailand. Tobat murah, tapi aku tak survey lagi lah. Ada sumber-sumber yang boleh dipercayai bagitau aku :D Okay enjoy reading. Byebye :)
May Allah bless us (: