Semalaman tidur berlapikkan sejadah berselimutkan telekung bertemankan air mata bersaksikan Allah. Kenapa mama tipu kakak, kenapa mama tipu kakak. Dalam hati merungut apa yang mama cakap dekat I. Mama kata kalau kakak sabar, kakak dapat apa yang kakak nak. Mama kata lelaki suka isteri yang sabar. Mama suruh kakak sabar tapi apa yang kakak dapat ? Mama tipu ! Kata-kata seorang ibu dipersalahkan padahal diri sendiri yang bersalah sebab terlalu menaruh harapan terlalu sayang dekat seorang lelaki. Maafkan kakak :'(
Sekali lagi I gagal pertahankan hubungan yang hampir setahun terjalin ni. I disuruh buat pilihan, I taktahu waktu tuu I boleh berfikir secara waras atau tak. I tak pasti betul ke pilihan yang I buat. Kehilangan oscar macam petunjuk lepas I buat solat istikarah 3 hari lepas? Ini kah jalan yang Allah tunjuk? I taktahu sama ada I boleh terima hakikat ni :'( kali ni takda sapa yang boleh tolong not even his mom. I dah cukup malu nak libatkan orang lain dalam hubungan ni. Selalu I yang tolong hubungan orang, sekarang hubungan I sendiri tunggang langgang :(
I hanya mampu menangis pada benda yang tak pasti. Ya Allah kenapa semua mesti jadi macam ni :( Sepatutnya benda ni I elakkan dari hari pertama lagi. I dah agak benda ni semua akan jadi. Now benda dah jadi and orang yang paling patut dituding jari ialah diri I sendiri. Sayang, masih ada ruang lagi kah untuk I dalam hati you? Kenapa cepat sangat I lenyap dari hati you? Apa patut I buat supaya kita macam dulu balik? Apa yang patut I bagitau family I? How will I survive my life without you? Macam mana I nak teruskan hari-hari I tanpa gelak tawa you? Siapa yang I nak call sebelum tidur lepas ni? Ya Allah aku perlukan dia :'(
I akan terus tunggu selagi you bukan hak milik orang lain selagi tuu I akan tunggu. Selalunya bila sedih I akan ingat kenangan kita and I akan ketawa senyum sorang-sorang but now I can't. The tears drop fast. This is the worst moment ever. Betul lah cakap orang, sebelum buat keputusan banyak benda nak kena pikir. If I leave you, will you feel better? I'd be lying if I told you losing you was something that I could handle. maybe sometimes it is better to be alone so no one can hurt me. but the truth is, I need you. Please be understand :'(
Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? Sebabnya Allah mahu menguatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal.
Hubungan sekali lagi diuji di hari yang mulia hari jumaat segala penghulu hari. Jika hubungan kita hanya sampai di sini, angan-angan I nak beli quran baru dengan you tak kesampaian. Angan-angan I nak jadi makmum you tak kesampaian, angan-angan nak holiday dengan you tak kesampaian. hanya gara-gara oscar hilang, semuanya kacau-bilau :( Please ambil masa you untuk fikir. Jangan suruh I buat pilihan sebab you tahu pilihan I tetap pilih you :'(
To you:
terima kasih selama ni bahagiakan I. Terima kasih jadi sebahagian penting dalam hidup I. You ajar I bahagia, derita, gembira, sedih, semuanya. Banyak hal I belajar daripada you. You banyak buat I sabar dalam hubungan ni. Tapi tak ada apa I nak harapkan selain tengok you bahagia tanpa I. Never mind I still boleh tengok you dari jauh, tahu keadaan you walaupun kita decide taknak contact dah nanti :'( I dah tak mampu nak dengar suara you, tak mampu nak reply sms. Macam you cakap we hurt each other, I minta maaf selama ni banyak buat you kecil hati tanpa I sedar atau tak sengaja I minta maaf. Bukan senang I nak lupakan semua kenangan dengan you, and yes pintu hati I masih terbuka untuk you :)
May Allah bless us FANA ♥